Tuesday, February 21, 2012

Pabila Usia Menginjak 40...

1) Tgn kanan saya mula menjerit "selama ni aku je buat kerja, apa kata suruh tgn kiri plak". 

 * Tgn kanan saya seringkali berasa lenguh. Adakah ini disbbkan faktor usia? Warghhh! tua sebelum waktu. To make it worse, when 1 or 2 children diserang Monday blues, they want Teacher Emy to carry them. Ada sekali tu, a boy named Adam, he's 5yo, antara yg kerap diserang Monday blues. Dulu, kakak dia, menangis everyday. Bila Adam tak menangis, he's talkative & fun.

One day, Adam menangis & I had to carry him. Walaupun saiz Adam taklah kur-semangat, still semput gak nak angkat. And I said "Adam, jgn lah nangis lg, Teacher Emy dah tua, tak larat nak angkat Adam selalu". Guess what? Tetiba Adam looked at me, stopped crying there & then & walked to his classroom. Ever since that day, Adam hardly diserang Monday blues. Adam berenti nangis, Teacher Emy pulak mcm nak menangis sbb tentunya di fikiran Adam - Teacher Emy dah tua, kesian Teacher Emy.....huwaaaaaa! 

2) Kalau tutup mata & suruh saya berjalan dlm One Utama & Midvalley, pasti kaki saya tau ke  mana mau melangkah sbb bbrp kali dlm sebulan, kami pasti akan melepak di kedua tpt ini

 * Mula merasakan saya perlu juga mengunjungi masjid/surau sbb walaupun sepelaung je masjid/surau dr rumah kami, saya hanya mengunjungi tpt ini utk mengerjakan solat terawih, ie bbrp hari je dlm setahun. Oleh itu, saya sungguh bersemangat utk menghadiri Kursus Haji bersiri yg akan dikendalikan none other than Dato' Ustaz Haji Md Daud Che Ngah di salah satu masjid berhampiran rumah saya

3) Bila tengok rak2 buku dlm rumah, hanya 2 baris shj dipenuhi buku2 agama & baris2 lain dipenuhi buku2 self help, personal finance, marketing, biz, early childhood...ditulis oleh mat2 saleh, non-muslim....alahai!

One of my fav books - menjadi panduan sejak Babah gave me when I was 19 adalah "How To Win Friends & Influence People" by Dale Carnegie. Bygkan saya dok ikut tips dlm buku tu & d author mati sbb committed suicide. Hampeh!

 * Tiba masanya utk melakukan peralihan minda (pergh!) dgn memperbanyakkan buku2 agama. Perlu saya ingatkan pd diri sendiri yg buku2 yg saya baca akan mencorakkan haluan kehidupan saya dunia & akhirat.

Where do I start? Oleh kerana solat adalah tiang agama, saya membeli buku2 ini terlebih dahulu. I'm currently reading "Jangan Asal Solat" ....warghhhh! nak nangis, byk yg tak tau. 

4) Kalau saya jd pelakon, tentunya saya boleh mengalahkan Azean Irdawaty utk Pelakon Air Mata Terbaik. Tengok cerita korea, nangis berbaldi2, dgr lagu Indon, nangis dlm senyap, tengok cerita mat saleh, tisu kat sebelah....

 * kenalah melawan godaan syaitan ketika solat utk lebih khusyuk. Salah satu cara yg disyorkan, kena fahami makna bacaan dlm solat. 

Otak tetiba beku bila nak hafal makna doa iftitah, qunut, tasyahud awal & akhir (yg lain alhamdulillah, dulu pernah ambil inisiatif utk hafal yg lain, itupun sbb bacaan lain pendek). Cuba suruh saya nyanyi lagu Greatest Love of All by Whitney Houston, sampai sekrg saya ingat lirik dia. 2,3 kali dgr lagu Rossa, saya dah boleh hafal. 

5) Dulu, status saya kat FB, average, 3, 4 status sehari. Komen kat status kwn merata. Kini, jika anda rakan saya di FB, anda dah jarang nampak status saya. Sekali-sekala je mencelah. Masa RCK yg lepas, kekawan suruh saya download WhatsApp, tp waktu itu phone saya yg x canggih tu takleh download. Kini, walaupun phone baru saya boleh download, saya tak teruja utk download. Cuba menjadi low profile...kekonon. Tak tau sampai bila. Takut, later...status setiap minit, kemaruk...minta dijauhkan

6) Bila saya baca...dikatakan kalau kita mengerjakan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum Zuhur & 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas Maghrib & Isyak, akan didirikan sebuah rumah utk kita di syurga, kira solat sunat ni mcm byr instalment rumah di syurga yg tentunya sgt indah.

 * Tau tak, nak buat solat sunat sebelum & selepas Zuhur tu, terasa mcm syaitan dok nyanyi lagu Ombak Rindu kat telinga saya, mendayu-dayu, berat betul nak buat, tp...

...cuba suruh saya dok dlm panggung wayang, 4 jam pun, kaki tak kebas, mcm last weekend, kami tengok Safe House on Friday night, Man on a ledge & Haywire on Sat....keluar panggung, ok je

Elin, BFF saya akan menunaikan umrah bersendirian bbrp hari lg. Dan bila ada yg bertanya, kenapa tak ikut Elin? We have agreed, kalau haji/umrah, kami takkan pergi bersama. Mulut masing2 kan? Masa kat India, bila nak mengutuk mamat/minah kat sana, juih mulut je tunjuk siapa yg kami maksudkan, kalau gi umrah, juih mulut mcm tu gak?

7) Saya paksa diri utk briskwalking 3.6km setiap pg Sabtu & Ahad lps solat subuh, walaupun kdg2 saiz mata dah sama dgn saiz mata Shahrul. Macam Sabtu lps, hujan lebat mlm tu & it was still drizzling masa bangun utk solat. Nyaman sungguh dlm bilik, katil melambai, bantal merindui, selimut memerlukan badanku, tp...walaupun mata separuh tutup, paksa diri bersiap. Pastu, ada 3 ekor anjing yg selalu pasif, kejar sorang budak India yg nak ke sekolah. Rasa nak patah balik, tido, tp kuatkan hati & ikut laluan lain. When I related this incident to Shahrul, dia kata anjing tu tgh nak dot dot dot....pepandai je kan!

8) saya mmg takleh jd vegetarian sbb saya anti-vege. Shahrul selalu bg tau mak dia "Emy ni kalau kat rumah mak dia, dia mkn sayur" walhal saya hanya mkn taugeh bila Ibu saya masak, sbb ekor taugeh tu dibuang. Saya bukan vegetarian tp chickenarian, saya suka makan ayam. Shahrul d opposite, dia suka makan ikan. Shahrul tak suka sgt mkn ayam esp kalau kat kpg saya. Alasan dia - sbb bila dia nampak ayam2 peliharaan Ibu saya bersukaria kat laman rumah, tetiba dihidangkan utk dinikmati, dia x sampai hati. Sama mcm arwah nenek saya. Tp kan, mkn ikan tu lebih baik, so mulai sekrg, saya akan lebih mkn ikan & jd fisherian.

Also, saya dah mula mendidik diri utk mkn sayur pada hari ini. Satu suap nasi & sayur, sedut air, seksa betul.

Kekonon nak mulakan cara hidup sihat tp hari tu gi kedai nak beli span basuh pinggan mangkuk, bila keluar kedai bwk 1 bekas aiskrim. Sampai rumah baru perasan lain yg dirancang, lain yg dibeli

9) Shahrul call mak dia hari2, now saya pun will call my parents agak kerap. Kdg2 baru 2, 3 hari tak call, Babah akan call one of my sisters bg tau. This sister will then call me "asal dah lama tak call Babah?" Errr...bukanke hari tu baru call. So, to avoid receiving calls from one of my sisters yg dr suara pun saya tahu, muka mereka berkerut, saya akan call kpg every now & then. Takpelah, selagi hayat masih dikandung badan...

Semoga saya berjaya dalam apa jua usaha saya, amin

My life begins at (almost) 40....

13 comments:

Runiza said...

I like this post Emy! :)
I like the spirit!! :)
Good luck ya... semoga kita sama2 menjadi insan Allah yang lebih baik di usia 40an(++ in my case!) ini :)

KC said...

wahhh sangat bersemangat your azam nak masuk usia 40-an ni....welcome to the carat club...being 40's not so bad lah..40 is the new 30 says the women on Hot in Cleveland ;)

JALAN REBUNG said...

salam kak mdm principal,

sayu bila saya baca ..tapi at the same time gembira sebab tanda2 yang sangat positif ..kita ambik aura ramai artis yg dah hijrah untuk bagi azam kat kita untuk ikut jugak ...saya walaupun muda sikit dari mdm tapi dah mula buat cam yg mdm listkan ..tq

zaitgha said...

your best entry so far to me......

the principal said...

Kak Niza,

tq

amin, sama2 cuba memperbaiki diri sendiri dr masa ke semasa

was a bad girl when I was young, there were times I felt, so much time wasted already...

the principal said...

KC

kita sama2 memberi inspirasi kpd satu sama lain

apa2 pun, i like your new lifestyle - swimming & all, its just a matter of time, kau akan selim melim & healthier. I wish u luck

the principal said...

Jalan Rebung

congrats kerana sedang menuju ke arah yg lebih positif

I follow your posts on FB/ blog, tak pernah ada maki hamun, marah @ sikap2 negatif yg lain.

Nice knowing someone like you.

Reena said...

Keep it up Kak!! Kesedaran yang datang dengan sendirinya lagik tulus dari yang dipaksa-paksa kan. Alhamdulilah, saya pun sekarang berusaha untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. Walaupun still ada kekurangan sana-sini. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha.

Suka entry akak!!

working mom... said...

alhamdulillah kak...jom sama2 kita berhijrah hihihi...maybe saya terpaksa mula awal skit even 40 is still jauh sbb kat rumah ader ustazah kenit yg selalu soal saya kenapa itu n kenapa ini....so, saya kene improve diri sendiri sblm nak ajar bdk kecik yg kat umah ni...

psst : penah garuk kepala bila khadeja tanye bpr org isteri Nabi saw sebenarnye ibu...err...err..trus g kedai beli buku "mengenali Rasullullah.." :)

Al-Manar said...

We can take any day, any month or any year and kid ourselves that we are seriously doing something with our lives. I think, on reflection, I started life, the way I define 'life', when I was 55. Now I wonder when its end will be ....

Good luck young lady. You are well equipped to make a start. HE is our witness, graciously kind to help us all. We only need to ask for help and start whatever in earnest believing at the same time that we have no right for everything we dream of. He says so in His Book.

the principal said...

Reena

Alhamdulillah & congrats on your hijrah. You look sweeter & prettier.
Satu hari nak berguru dgn Reena pakai tudung Hana Tajima

the principal said...

Al-Manar

I'm so honoured u read this post.

I'm taking small steps at a time, hoping by the time my time is over, I'm ready to meet the Almighty

the principal said...

working mum

good luck on your journey.

k emy pun dah mula baca sikit2 buku2 mengenai islam, jahil yg amat